Sabar bermaksud sentiasa menahan diri daripada dipengaruhi sesuatu yang
tidak baik. Sebagai contoh rasa marah, hasad dengki dan sebagainya.
Sifat sabar ini juga boleh membawa kepada kebaikan dan mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan bersabar ialah dapat mengawal diri daripada sifat marah, mendapat keredhaan Allah S.W.T dan memperoleh ketenangan jiwa.
Orang yang bersabar sentiasa dapat mengawal diri daripada dipengaruhi perasan marah. Kesabaran amat penting terutamanya apabila seseorang itu mempunyai sikap marah yang tinggi. Jika kita sentiasa bersabar, kita akan berjaya mengawal diri daripada meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kepada orang lain. Sekaligus dapat memelihara hubungan kita dengan orang lain. Sikap ini sentiasa dituntut dalam Islam.
Kita juga akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T sekiranya kita sentiasa bersabar. Hal ini kerana, Allah amat mengasihi hambanya yang sentiasa bersabar. Kita tidak akan mendapat sebarang kerugian sekiranya kita sentiasa bersabar. Malahan kita akan dirahmati Allah S.W.T dan sentiasa dipandang mulia disisiNya.
Selain itu, kita juga akan memperoleh ketenangan jiwa jika kita sentiasa bersabar. Hal ini kerana, jika kita bersabar kita tidak akan terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Kita akan melakukan perkara tersebut dengan lebih berhati-hati. Keadaan ini akan mewujudkan rasa tenang dan aman tanpa rasa tertekan. Sebagai contoh, jika kita bersabar dalam melakukan pekerjaan, kita akan mendapat kejayaan hasil daripada sikap sabar yang dipupuk.
Kesimpulannya, sikap sabar membawa banyak kebaikan kepada kita. Tidak salah sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap ini dalam kehidupan harian kita. Hal ini kerana, Allah S.W.T sentiasa meberikan hambanya manfaat yang besar lagi luas dan sentiasa berpanjangan dari dunia hingga akhirat. Kita
juga akan mendapar keberkatan hidup sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap ini.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar